Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bukan
lagi asing dalam era globalisasi ini malah terus dipergiatkan bagi melahirkan
generasi muda yang celik komputer dan sentiasa peka dengan perkembangan
teknologi semasa. Justeru, selaras dengan kesungguhan kerajaan dalam
menggalakkan penggunaan komputer dalam bidang pendidikan, adalah wajar untuk
kita memikirkan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan bidang
Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan dapat dijadikan rutin dalam aktiviti
harian.
Setiap individu sememangnya mempunyai keinginan untuk tahu dan mencuba sesuatu
perkara atau benda yang baru. Hal ini dapat dilihat dimana apabila pendedahan
mengenai kepentingan dan penggunaan IT diperkenalkan dalam kehidupan, ramai
yang tertarik dan berpusu-pusu cuba mendapatkan sekurang-kurangnya sebuah
komputer bagi satu keluarga. Permasalahannya, adakah setiap orang mahir
menggunakan komputer, tahu akan fungsinya atau hanya memilikinya sekadar
perhiasan semata-mata untuk tidak dilabel sebagai buta IT.
Dalam hal ini, seseorang perlu memainkan peranan untuk
mendedahkan cara penggunaan teknologi maklumat yang betul kepada masyarakat. Semuanya harus
bermula dari awal iaitu sejak dibangku sekolah lagi, maka langkah pertama untuk
memastikan bidang Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan dapat dijadikan rutin
dalam aktiviti harian ialah perlunya tenaga pengajar yang berpengetahuan dan
mahir menggunakan komputer agar pendedahan dapat diberikan kepada setiap
pelajar di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Teknik pengajaran menggunakan komputer dengan
gabungan multimedia seperti audio, grafik, animasi, video dalam pengajaran dan
pembelajaran di kelas merupakan satu langkah yang dapat menarik minat pelajar
dan membuatkan pembelajaran itu lebih berkesan.
Selain itu, adalah penting bagi setiap orang memiliki
sebuah komputer agar proses pembelajaran tidak terhenti setakat dikelas sahaja
malah boleh dilakukan di rumah atau dimana sahaja berada. Pengajaran dikelas
selalunya terbatas disebabkan kekangan masa dan bilangan pelajar yang ramai
sehingga guru tidak sempat atau terlepas pandang dalam menjawab setiap persoalan
yang ditanya pelajarnya. Mungkin ada pertanyaan yang ingin ditanya pada guru
tetapi tidak berkesempatan jadi apabila seseorang pelajar itu memiliki
komputer, mudah baginya untuk berinteraksi bersama rakan dan guru untuk
berbincang mengenai sesuatu topik melalui ruangan email. Cara komunkasi ini
lebih berkesan dan pantas dalam menangani masalah pelajar yang ada persoalan
semasa didalam kelas.
Seterusnya, bagi memastikan bidang Teknologi dan Inovasi
Dalam Pendidikan dapat dijadikan rutin dalam aktiviti harian, tugasan yang
berbentuk teknologi perlu diberikan kepada pelajar agar pelajar dapat
mengaplikasikan komputer disamping meningkatkan pengetahuan tentang
penggunaannya. Contohnya, setiap pelajar perlu membuat satu blog dan
berinteraksi dengan rakan-rakannya melalui laman blog itu. Dengan itu, tanpa
disedari pelajar itu telah mempelajari sesuatu yang baru, mempraktikkan dan
meningkatkan kemahiran dalam pengunaan teknologi maklumat dari semasa ke semasa.
Langkah lain yang perlu diambil ialah meluaskan lagi sistem e-pembelajaran contohnya seperti sistem spin yang sedia ada sekarang ini. Semua
nota dan juga tutorial dimuat turun didalam sistem ini dan dengan itu pelajar
akan sentiasa peka untuk terus mengakses maklumat yang ada didalam sistem ini
dari semasa ke semasa untuk mendapatkan info terkini. Ini memudahkan lagi proses pembelajaran tanpa mengira batasan
jarak antara pengajar dan pelajar dalam mendapatkan sesuatu ilmu. Selain dapat
mengurangkan pengunaan kertas dalam kehidupan seharian, pelajar dan pengajar
dapat meningkat kemahiran menggunakan teknologi maklumat dengan lebih berkesan.
Seterusnya, bidang Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan
dapat dijadikan rutin dalam aktiviti harian apabila semua pihak berusaha
mengambil bahagian dan mempunyai kesedaran pandang ke hadapan tentang
kepentingan teknologi maklumat dalam kehidupan yang akan datang. Seseorang itu
harus bergerak seiring dengan kemajuan industri maklumat agar kita setanding
dengan bangsa-bangsa lain.
URL YOUTUBE KREATIF & INOVATIF DALAM TEKNOLOGI
DAN
INOVASI DALAM PENDIDIKAN:
No comments:
Post a Comment