Monday 14 May 2012

VIDEO BERKUMPULAN - BUDAYA MEMBERI SALAM :)


" Budaya Memberi Salam " 

Seringkali juga kita mendengar perkataan ini bukan?? Rasa-rasanya sejak dari zaman persekolahan lagi kita telah didedahkan dan diterapkan dengan budaya ini didalam diri kita. Contohnya, dizaman persekolahan dahulu budaya memberi salam dan mengucapkan selamat sejahtera kepada cikgu disekolah seakan-akan menjadi satu budaya, tidak kiralah ucapan itu diberikan kepada cikgu yang beragama Islam atau yang beragama lain. Asal berselisih sahaja, pasti akan tergerak dihati kita untuk mengucap sesuatu kepada guru-guru disekolah sebagai tanda penghormatan. Betul x?  Betul x?  =D

Justeru, budaya memberi salam bukanlah suatu yang luar biasa malah mudah untuk diamal. Dan, bagi kita yang beragama Islam, menjadikan budaya memberi salam sebagai amalan dalam kehidupan sehari-harian dapat melambangkan cara hidup Islam yang sempurna dan harmoni sekali disamping merapatkan ukhwah dan ikatan persaudaraan.




Haa...ada lagi kat bawah nii...



   Akhir kata, 

Ajakan baginda Rasulullah SAW diikuti, Perjuangan baginda diteruskan dan Kehidupan baginda dijadikan teladan. 

InsyaALLAH..

 

       Sumber komik : http://mfrstudio.blogspot.com


Friday 27 April 2012

PROJEK KITAR SEMULA >> PASU FLORA

Alhamdulillah siap juga tugasan bahan kitar semula ini. 
Pasu bunga ini diberi nama 'Pasu Flora'. Pasu Flora ini diperbuat daripada botol minuman yogurt yang tidak digunakan lagi. Berbeza bukan hasilnya? Selalunya botol-botol kosong hanya dibuang atau dibiarkan begitu sahaja dan kebiasaannya kita tidak mempedulikannya. Selepas melakukan inovasi pada botol ini, nah, ini hasilnya! Selepas ini marilah sama-sama kita manfaatkan setiap barang kitar semula seperti botol, tin dan lain-lain kerana ia boleh dijadikan semula barangan perhiasan baru yang lebih kreatif dan menarik...



    




10 Foto dari Dimensi yang berbeza :




                                            




                                             






                            



                                           

                                            




Eh, dekat bawah pun ada lagilah..



SEBELUM : 
Pasu Flora tanpa bunga!





SELEPAS
Pasu Flora dengan bunga kuning..Wah, barulah berseri-seri! =D

                                               






          Daaaari kanan, cepat pusing! Pasu Flora terus berpusinggg..cehwahh!! =D





Tuesday 24 April 2012

ISU: TEKNOLOGI VS REMAJA

Dunia hari ini memasuki era yang dipenuhi dengan penggunaan teknologi maklumat dimana jika kita perhatikan, perkembangan penggunaan internet semakin meluas seiring dengan kemajuan sesebuah negara. Perkembangan ini menyebabkan internet tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat malah mendorong manusia menggunakan teknologi yang ada ini untuk menjalankan tugas harian. Atas kesedaran ini, kerajaan berusaha gigih menerapkan penggunaan teknologi maklumat kepada generasi muda agar rakyatnya dapat bergerak seiring dan mampu bersaing dalam arus globalisasi pada masa kini. Ini merupakan inisiatif kerajaan untuk menjadikan ekonomi digital sebagai tulang belakang ekonomi negara kita.

Antara usaha yang dilakukan kerajaan ialah dengan menggabungkan teknologi dalam kurikulum diperingkat sekolah. Pelbagai kemudahan pendidikan berasaskan teknologi baru dan canggih disediakan kepada pelajar dan ini adalah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap positif terhadap perkembangan teknologi. Menurut Ab. Rahim, 1996 (dalam Noraien Mansor, 1999:15), pendidikan hari ini berkaitan rapat dengan bidang sains, teknologi, industri dan perdagangan sebab kita sedang berada dalam suasana yang penuh dengan penemuan-penemuan dan ciptaan-ciptaan baru dalam hampir ke semua bidang kehidupan. Selain itu, mencari ilmu pengetahuan demi kebaikan ummah sejagat adalah digalakkan dalam Islam.






Permasalahannya sekarang ialah cukupkah persediaan diri pelajar-pelajar sekolah, anak-anak muda remaja dan diri kita sendiri dalam mengikuti arus modenisasi ini? Mampukah kesempatan dan peluang yang diberikan ini digunakan dengan cara yang betul dan ke arah yang positif? Mari kita terokai dan kupas isu ini secara bersama.

Sememangnya komputer banyak membantu dari pelbagai segi dan mampu meningkatkan kemahiran seseorang dimana mereka bukan sahaja pakar dalam penggunaan komputer malah pantas dalam mengakses dan mencari maklumat melalui penggunaan internet. ‘Dunia ibarat dihujung jari’ , inilah kata-kata yang sering kali kita dengar dicuping telinga dan bertepatan dengan berkembangnya teknologi pada masa kini.

Tetapi, kita seringkali terlupa bahawa setiap kesempurnaan itu pasti ada kelemahannya kerana tiada apa yang sempurna didunia yang fana dan sementara ini. Mari kita renungkan secara bersama.

Obsesi terhadap teknologi kadang kala wujud dalam diri seseorang sama ada secara disedari atau tanpa disedari. Hal ini kadang-kala membuatkan seseorang itu menganggap dan meletakkan teknologi sebagai satu matlamat, lalu menjuruskan diri mereka ke arah kehidupan yang jauh dari landasan syariat seperti lupa,lalai dan alpa. Mereka menjadikan pembangunan teknologi sebagai agenda teras dalam kehidupan sehinggakan pembangunan insani terpinggir jauh dari dalam diri. Pendedahan yang terlalu banyak dan tidak ditapis boleh mendatangkan implikasi lain seperti eksploitasi terhadap maklumat atau perkara yang dipelajari ke jalan yang salah seperti bagi tujuan keseronokan seperti streaming dan chatting (Long, 2004:24).

Pada masa kini jika kita perhatikan krisis akhlak dan moral semakin menular dan merebak dalam masyarakat kita khususnya dalam kalangan remaja. Antaranya ialah seperti kes bohsia, hamil luar nikah, kes pembuangan bayi, penderaan, gangsterism, vandalism, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah dan mat rempit. Jika kita mengkaji perkembangan seseorang remaja dapat kita tafsirkan bahawa remaja ialah fasa dimana mereka suka mencuba perkara yang baru dan mudah terikut-ikut dengan apa yang mereka perhatikan.

Memang tidak dinafikan perkembangan teknologi mempunyai banyak manfaatnya, tetapi keburukan juga turut datang seiring dengan kebaikan atau manfaatnya. Jaringan luas yang diperkenalkan membuatkan seseorang itu boleh melayari sesuatu tanpa batasan dan tapisan. Disebabkan inilah remaja sekarang berpendapat bahawa tiada siapa mengetahui apa yang mereka lakukan atau saksikan dalam internet dan mereka bebas menggunakannya untuk tujuan-tujuan tertentu sehingga akhirnya timbul masalah sosial dalam kalangan remaja.

Masalah sosial? Apa yang dimaksudkan dengan masalah sosial ini ya? Masalah sosial sebenarnya sentiasa wujud dalam kehidupan ini dari dahulu lagi hingga sekarang cuma isunya sahaja yang berlainan. Jika kita perhatikan, pada masa kini masalah sosial dalam kalangan remaja dan pelajar-pelajar sekolah semakin meruncing dan membimbangkan. Kita  sedar bahawa golongan remaja merupakan aset sesebuah negara dan bakal menjadi pemimpin di masa hadapan kelak. Merekalah yang bakal menjadi pemangkin  kepada pembangunan negara kita. Remaja sangat diperlukan oleh masyarakat dan negara kerana golongan ini merupakan golongan yang paling berharga serta harta yang tidak ternilai dan  pada mereka jugalah terletaknya masa depan negara. Ada pepatah menyebut bahawa ‘rosak remaja, pincanglah negara’. Kita tentu tidak mahu keadaan ini berlaku bukan? Justeru, teknologi yang tercipta indah oleh tangan manusia itu perlu ditatang sebagai alat untuk mencapai sesuatu yang murni, sambil memelihara kemurnian yang sedia ada dimana aspek budaya, bahasa, serta agama tidak seharusnya terhanyut akibat perkembangan teknologi yang begitu pantas ini. 
Maka, di sini saya ada menyenaraikan langkah-langkah yang perlu kita ambil perhatian agar permasalahan ini dapat dibendung daripada terus berleluasa.





Saya berpendapat bahawa keruntuhan akhlak yang membimbangkan dalam kalangan remaja pada masa kini berpunca daripada kurangnya penekanan terhadap budaya dan cara hidup Islam. Jika kita meneliti perkara ini, keruntuhan akhlak bukan hanya berlaku pada masa sekarang, malah sejak zaman Rasullullah s.a.w lagi dan disebabkan itulah Allah SWT mengutus Nabi Muhammad s.a.w untuk membimbing kita selaku umatnya ke jalan yang benar. Akhlak mulia yang ditunjukkan baginda menjadi ikutan dan akhlak baginda adalah akhlak yang paling baik sebagaimana firman Allah SWT :

                       Maksudnya: “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik
                                             bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan)
                                             hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah ”
                                                                                                       (Al-Ahzab, 33: 21)






Saya berpendapat langkah pertama yang perlu diambil ialah tindakan dari orang yang paling rapat dengan 
remaja itu sendiri iaitu keluarga. Institusi keluarga memainkan peranan penting dalam membantu para remaja 
supaya tidak terjebak dengan penyalahgunaan internet. Perkara yang paling penting yang perlu 
dititikberatkan ialah mengenai pegangan agama. Dengan adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan 
sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara yang tidak baik. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w :

                              ‘’ Sesungguhnya setiap agama mempunyai akhlak. Akhlak Islam ialah malu”.
                                                                                                              (Riwayat Ibnu Majah)

Jika seseorang itu kuat asasnya dalam cara hidup dan syariat Islam, pasti seseorang itu berasa malu dan dapat menahan dirinya daripada melakukan perkara yang mengaibkan menurut pandangan syarak meskipun perkara tersebut tidak dikira aib oleh manusia. Perasaan malu yang terbit dalam diri seseorang individu membangkitkan seseorang untuk menjauhi perkara yang buruk. Sabda Nabi s.a.w:

                              ‘’ Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman’’.                                             
                                                                                                             (Riwayat al-Bukhari)





Ibubapa perlu mempunyai kemahiran mengasuh yang meliputi kefahaman terhadap jiwa remaja, menangani kesihatan mental dan emosi anak-anak muda serta penguasaan terhadap perkembangan terkini. Mereka perlu dididik bahawa jiwa remaja kini iaitu anak-anak zaman kini tidak sama dengan jiwa mereka sewaktu remaja dahulu kerana peredaran masa telah mencorak perwatakan yang berbeza berbanding sebelumnya . Pada zaman kini, interaksi dengan anak-anak tidak lagi bersifat sehala dan pandangan bahawa `ibu dan bapa kemudian anak-anak’ tidak lagi terpakai. Sebaliknya ialah ibubapa perlu memahirkan diri dengan cuba menjadi rakan kepada anak-anak mereka. Kemahiran seperti mendengar dan berbincang dengan anak-anak perlu dipupuk agar komunikasi antara dua hala lebih berkesan.




Seterusnya pihak sekolah juga harus memainkan peranan kerana sekolah ialah tempat dimana hampir separuh masa pelajar sehari-harian dihabiskan. Antara peranan yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah ialah dengan membuat langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut. Aktiviti seperti menjalankan kempen atau ceramah kesedaran kepada pelajar sekolah amat digalakkan. Guru di sekolah pula perlu bertindak dengan bukan sekadar menjadi pembimbing kepada aspek akademik semata-mata, tetapi turut sama menjadi rakan dan pendengar yang baik kepada remaja. Sebenarnya, guru yang sentiasa diingati oleh remaja ialah guru yang boleh dibawa berbincang dan boleh bersama-sama membantu menyelesaikan masalahnya. Manakala, guru yang hanya pandai memerintah seseorang pelajar itu hanya akan diingati sebagai `pemerintah’ dan sukar untuk didekati maka hasilnya, arahan akademik bukan sahaja tidak dipatuhi, malah pemberontakan wujud antara pelajar dengan gurunya. Hal ini seterusnya menyebabkan minat pelajar terhadap proses pembelajaran akan menurun.

Selain itu, pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan dengan membanteras persekitaran yang tidak sihat agar seiring dengan usaha ke arah pembentukan remaja yang berkualiti. Contohnya seperti gejala remaja yang gemar menonton video lucah, hal ini tidak boleh dituding hanya kepada ibubapa dan guru sahaja tapi perlu dilihat dalam skop yang lebih luas lagi. Persoalannya, adakah ibubapa dan guru harus disalahkan, sedangkan bahan untuk tontonan lucah berlambak bebas di pasaran tanpa kawalan?




Media turut sama memainkan peranan yang penting dalam permasalahan ini dengan melakukan  penyekatan terhadap siaran yang berunsur negatif contohnya seperti aksi-aksi bersifat gangsterism, dialog pelakon yang berunsur lucah atau tidak sopan dan gaya pemakaian yang tidak bersesuaian dengan budaya kita dan syariat agama yang ditetapkan. Perkara ini perlu dipandang serius kerana mata yang melihat dan telinga yang mendengar pasti akan menimbulkan keinginan untuk mengikutinya tambahan pula pada awal usia remaja. Antara peranan yang boleh dilakukan ialah menonjolkan remaja yang berjaya sebagai motivasi untuk diteladani. Siaran-siaran mengenai kreativiti remaja haruslah diperbanyak berbanding liputan mengenai aksi dan perangai negatif agar minda remaja dapat dijana dan boleh berfikir dengan lebih matang dalam setiap tindakan yang mereka lakukan dalam kehidupan.

Sesungguhnya, pelbagai gejala negatif berleluasa di kalangan remaja hari ini berikutan penyalahgunaan internet. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama membanteras fenomena ini agar tidak timbul masalah sosioekonomi yang lebih serius. Masyarakat sekeliling perlu turut sama memainkan peranan dalam hal ini. Mengambil tahu bukanlah bererti menjaga tepi kain orang lain tetapi ia merupakan tanggungjawab kita sesama insan untuk saling ingat mengingati antara satu sama lain agar kita semua berada dilandasan yang betul dan mengikut syariat yang ditetapkan.



Akhir kata, wujudnya teknologi seharusnya membantu manusia mencapai sesuatu manfaat untuk dirinya, insan lain serta makhluk lain di dunia ini. Perkembangan sesuatu teknologi itu menunjukkan berkembangnya pemikiran umat manusia didunia dan setiap kurnia yang diberikan pasti ada hikmah disebaliknya untuk membuatkan manusia sentiasa berfikir dengan menggunakan akal fikiran yang telah dikurniakan oleh pencipta kita. Maka setiap permasalahan yang timbul bukanlah penghujung segalanya kerana pasti ada jalan penyelesaian untuk mengatasinya. Pepatah ada menyebut, “ Dimana ada kemahuan, disitu ada jalannya".






Monday 16 April 2012

10 VIDEO TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM BIDANG PERUBATAN



(1) BodyTom Mudah Alih - Alat memeriksa tubuh badan





(2) Alat Digital Mudah Alih Perubatan





(3) Oral Radioterapi Digital





(4) Set infusi yang mudah





(5) Penggera Tanpa Wayar





(6) Alat Mencuci Tangan Tanpa Sentuh





(7) Pembalut Luka Berteknologi





(8) X-Ray Tangan Menggunakan Kamera





(9) Sarung Tangan Khas Pesakit Arthritis 





(10) Robotic Exoskeleton



10 FOTO TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM BIDANG PERUBATAN DAN KEHIDUPAN SEHARIAN



   1)    Needle Free Injector   



Needle Free Injector merupakan alat yang mesra pengguna. Ia direka khas untuk memberi lebih keselesaan kepada para pesakit atau pengguna yang kerapkali menggunakan jarum untuk tujuan perubatan. Semasa penciptaan alat ini, tumpuan khas telah diberikan bukan sahaja dari segi keselamatan dan kecekapan, tetapi juga memikirkan keselesaan penggunanya dimana alat ini dapat mengurangkan rasa takut atau fobia seseorang  terhadap jarum suntikan. Kajian telah dilakukan dan terbukti ianya mudah dan selamat digunakan samaada untuk pesakit dan pengamal perubatan.




   2)   Toilet Bike NEO   




Toilet Bike Neo dicipta oleh pemaju TOTO-cycle iaitu pengilang tandas yang terkemuka di Jepun. Ia direka untuk menggalakkan kerja alam sekitar di negara Jepun. Bio gas yang digunakan bukanlah dibuat dengan mengunakan najis manusia tetapi dari  bahan api biogas seperti air kumbahan rumah dan sisa buangan ternakan.
Penciptaan Toilet Bike Neo ini adalah untuk mengurangkan 50% pelepasan CO2 dalam tandas di negara Jepun menjelang 2017 daripada pengeluaran pada tahun 1990. Penciptaan peralatan ini mendapat sambutan penduduk negara Jepun  dan ini merupakan salah satu langkah bijak dalam memupuk rasa tanggungjawab dan menerapkan nilai ekologi dalam diri setiap masyarakat.



   3)    Innovative Stroke Therapy     




Gambar diatas menunjukkan pesakit berinteraksi dengan persekitaran realiti maya dengan menggunakan sarung tangan elektronik untuk "tuangkan teh" semasa sesi terapi. Dia boleh melihat tindakan beliau dalam imej 3-D melalui alat dengar khas. Dua pertiga daripada mangsa strok mengalami kemorosotan kemahiran motor.  Penciptaan alat ini adalah sebagai medium untuk proses pemulihan yang cekap. Peralatan ini membolehkan pesakit bermain permainan 3-D secara fantasi  yang mempunyai persekitaran realiti maya seperti Alice in Wonderland dengan menggunakan sarung tangan yang dicipta khas. Di dunia maya ini, pesakit dipandu melalui satu siri pergerakan tangan terapeutik. Tujuannya adalah untuk proses pemulihan dimana ia membaiki kemahiran motor. Selain itu alat ini membuatkan pesakit menjadi teruja dan dapat menghilangkan rasa bosan pesakit. Peralatan ini membawa pesakit melalui pelbagai latihan yang berinteraksi dengan objek animasi. Pesakit menggunakan teknik genggaman dan pelepasan dan pergerakan jari.Terapi ini dapat melihat  samaada pesakit melakukan pergerakan dengan betul atau salah. Ia memberi manfaat kepada pesakit yang sering mempunyai pergerakan terhad selepas strok.Terapi realiti maya untuk mangsa strok telah menjanjikan potensi dimana kajian 2011 yang diterbitkan oleh Persatuan Strok Amerika membuktikan alat ini membantu meningkatkan kemahiran motor seseorang.





         4)    Medtronic mySentry   

 


Medtronic mySentry merupakan monitor kawalan jarak jauh glukosa yang digunakan di rumah untuk mengawasi paras glukosa dan status pam insulin. Selain menunjukkan bacaan glukosa biasa, pengera mySentry akan berbunyi jika tahap gula yang ditetapkan tidak dipatuhi. Alat ini membantu dalam menangani masalah seperti hipoglisemia pada waktu malam. Medtronic mySentry terdiri daripada monitor dengan skrin berwarna, bekalan kuasa, dan Outpost yang menghantar maklumat dari Medtronic MiniMed Paradigm ® REAL-Time Revel™ System ke monitor mySentry.Outpost ini membolehkan anda menjaga dan memantau seseorang dari jarak 50 kaki atau lebih dan ini membolehkan tindakan lebih awal diambil untuk mengelakkan paras gula berbahaya samaada tinggi atau rendah. Selain itu, alat ini berupaya memberi amaran atau peringatan awal kepada anda iaitu 30 minit sebelum paras gula itu rendah atau tinggi. Penggera dan isyarat bunyi boleh diselaraskan pada tahap yang anda inginkan dan untuk kemudahan tambahan, mySentry juga turut mempunyai butang senyap untuk mendiamkan penggera secara sementara.




   5)    Headcase Cervical Collar   




            Ini merupakan cervical collar yang telah direka semula untuk memberi kestabilan          yang lebih baik pada kepala dan leher mangsa kemalangan. Sumber inspirasi untuk     HeadCase cervical collar ini adalah dari Dr. John Hipp iaitu bekas pengarah Makmal   Penyelidikan tulang belakang di Baylor College of Medicine. Alat ini dapat             menstabilkan kepala tanpa memberikan tekanan pada leher. Dr Hipp dan rakan-           rakannya menerbitkan satu kertas kerja pada tahun 2010 dalam The Journal of Trauma and Acute Care Surgery melaporkan pemisahan tulang belakang yang tidak normal kepada pengguna cervical collar . Justeru, HeadCase collar ini bertujuan untuk menghalang pemisahan ini dengan menyediakan batasan pergerakan yang lebih terbatas kepada pesakit lantas menstabilkan kawasan yang cedera. Jika cervical collar yang sedia ada dibalut di sekeliling leher, HeadCase collar menyediakan sokongan untuk pipi, dada dan bahagian atas            belakang.




    6)     Pembalut berubah warna Fraunhofer’s   




Pembalut sering digunakan untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka dan selalunya kita sering membukanya untuk melihat sekiranya ada sebarang jangkitan berlaku atau tidak. Tanpa disedari, tindakan itu sebenarnya memberi  peluang kepada bakteria untuk memasuki tapak luka.Untuk menyelesaikan masalah ini, penyelidik di Institusi Penyelidikan Fraunhofer for Modular Solid State Technologies (EMFT) telah mencipta pembalut yang boleh berubah warna jika luka seseorang pesakit itu dijangkiti. Dengan mengaplikasikan tindak balas kimia iaitu menggunakan teknik pH dimana kulit yang sihat dan luka yang sembuh biasanya menunjukkan nilai pH di bawah 5. Jika nilai ini meningkat, ia beralih dari asid kepada alkali dan ini menunjukkan komplikasi dalam proses penyembuhan luka. Jika nilai pH adalah antara 6.5 hingga 8.5, ini menunjukkan adanya jangkitan dan jalur warna penunjuk  akan bertukar ke warna ungu.Dengan adanya pembalut luka yang berkesan ini, pemeriksaan luka boleh dilakukan dari luar tanpa mengganggu proses penyembuhan dan dapat mengelakkan sebarang jangkitan lain yang tidak diingini.


  7)    KINARM- Stesen Penilaian Menggunakan Reality Maya untuk menilai 
          kecederaan otak  



Penyelidik dari Universiti Queen di Kanada melancarkan Stesen Penilaian KINARM pada persidangan Neurosains 2010  di San Diego. Sistem ini menggabungkan sebuah simulator realiti maya dengan kerusi yang mempunyai lengan robot yang dapat merasa pergerakan pesakit. Doktor Perubatan memberikan tugas kepada pesakit untuk pesakit melaksanakannya dalam dunia maya dan roboarms akan mengukur kelajuan dan ketepatan usul pergerakan pesakit. Sistem ini telah dikomersilkan oleh PARTEQ Inovasi, Universiti firma Ratu, dan BKIN Teknologi.



   8)    Integrated Local Anesthetic Delivery System   






Ini merupakan kanula intravena yang baru yang dapat mengurangkan kesakitan semasa ia dimasukkan ke dalam salur darah dimana ia secara automatik akan membius kawasan yang ingin disuntik melalui jarum kecil sebelum jarum besar menebusi kulit ke salur darah. Kanula intravena semua dalam satu ini mempercepatkan proses perubatan dan membuat pesakit merasa lebih selesa dengan rasa kesakitan yang kurang. Ia juga dapat menjimatkan penggunaan jarum dan mengurangkan risiko kekeliruan dan kontaminasi kerana hanya satu jarum sahaja digunakan berbanding dua jarum sebelum ini.



     9) Smart Pill Bermikrocip   



Gambar diatas menunjukkan Smart Pill yang mengandungi mikrocip untuk memantau ubat-ubatan pesakit. Sistem pemantauan pematuhan ubat yang baru ini menggunakan tablet pengesan dan patch  badan khas yang dipakai dengan mengesan  penghadaman ubat yang diambil oleh seseorang individu. Selain itu, produk yang diperkenalkan oleh Proteus iaitu Helius, merupakan patch khas yang boleh merekod bila sesuatu pil itu ditelan serta memantau tahap aktiviti fizikal pesakit. Data yang dikumpul kemudiannya dihantar ke peranti mudah alih seperti telefon pintar atau tablet, dan dengan itu pesakit akan diberitahu bila dos ubat-ubatan yang seterusnya boleh diambil  dan amaran diberikan  jika regimen yang ditentukan tidak dipatuhi. Sistem ini menerima kelulusan dari CE Mark dan FDA  pada tahun 2010.



   10) Sistem gunaan tunggal terapi luka  tekanan negatif mudah alih   





Sistem gunaan tunggal terapi luka  tekanan negatif mudah alih yang diperkenalkan oleh Smith & Nephew ini telah menerima kelulusan CE Mark PICO. Peranti bersaiz poket ini boleh digunakan untuk luka-luka yang teruk dan kronik,  pembedahan yang berisiko tinggi dan juga semasa cantuman kulit. Alat ini adalah dalam bentuk pakai buang, mempunyai satu pam butang dimana ia melekat pada pembalut luka dan ini membolehkan penyerapan cecair berlaku. Dengan adanya alat ini, cannisters tidak diperlukan dan pembalut luka boleh dipakai sehingga tujuh hari.