1) Needle Free Injector
Needle Free Injector merupakan alat yang mesra pengguna. Ia
direka khas untuk memberi lebih keselesaan kepada para pesakit atau pengguna
yang kerapkali menggunakan jarum untuk tujuan perubatan. Semasa penciptaan alat
ini, tumpuan khas telah diberikan bukan sahaja dari segi keselamatan dan
kecekapan, tetapi juga memikirkan keselesaan penggunanya dimana alat ini dapat mengurangkan
rasa takut atau fobia seseorang terhadap
jarum suntikan. Kajian telah dilakukan dan terbukti ianya mudah dan selamat
digunakan samaada untuk pesakit dan pengamal perubatan.
2) Toilet Bike NEO
Toilet
Bike Neo dicipta oleh pemaju TOTO-cycle iaitu pengilang tandas yang terkemuka
di Jepun. Ia direka untuk menggalakkan kerja alam sekitar di negara Jepun. Bio gas
yang digunakan bukanlah dibuat dengan mengunakan najis manusia tetapi dari bahan api biogas seperti air kumbahan rumah
dan sisa buangan ternakan.
Penciptaan
Toilet Bike Neo ini adalah untuk mengurangkan 50% pelepasan CO2 dalam tandas di
negara Jepun menjelang 2017 daripada pengeluaran pada tahun 1990. Penciptaan peralatan ini mendapat
sambutan penduduk negara Jepun dan ini
merupakan salah satu langkah bijak dalam memupuk rasa tanggungjawab dan
menerapkan nilai ekologi dalam diri setiap masyarakat.
3) Innovative Stroke Therapy
Gambar diatas menunjukkan pesakit berinteraksi dengan
persekitaran realiti maya dengan menggunakan sarung tangan elektronik untuk "tuangkan teh" semasa sesi terapi. Dia boleh melihat tindakan beliau
dalam imej 3-D melalui alat dengar khas. Dua pertiga
daripada mangsa strok mengalami kemorosotan kemahiran motor. Penciptaan alat ini adalah sebagai medium untuk proses pemulihan
yang cekap. Peralatan ini membolehkan
pesakit bermain permainan 3-D secara fantasi
yang mempunyai persekitaran
realiti maya seperti Alice in Wonderland dengan menggunakan sarung tangan yang dicipta khas. Di dunia
maya ini, pesakit dipandu melalui satu siri pergerakan
tangan terapeutik. Tujuannya adalah untuk proses pemulihan dimana ia membaiki kemahiran motor. Selain itu alat
ini membuatkan pesakit menjadi teruja dan dapat
menghilangkan rasa bosan pesakit. Peralatan ini membawa pesakit melalui pelbagai latihan yang berinteraksi dengan
objek animasi. Pesakit menggunakan teknik
genggaman dan pelepasan dan pergerakan jari.Terapi ini dapat melihat samaada pesakit melakukan pergerakan dengan
betul atau salah. Ia memberi manfaat
kepada pesakit yang sering mempunyai pergerakan terhad selepas strok.Terapi realiti maya untuk mangsa
strok telah menjanjikan potensi dimana kajian 2011
yang diterbitkan oleh Persatuan Strok Amerika membuktikan alat ini membantu meningkatkan
kemahiran motor seseorang.
4) Medtronic mySentry
Medtronic
mySentry merupakan monitor kawalan jarak jauh glukosa yang digunakan di rumah
untuk mengawasi paras glukosa dan status pam insulin. Selain menunjukkan bacaan
glukosa biasa, pengera mySentry akan berbunyi jika tahap gula yang ditetapkan
tidak dipatuhi. Alat ini membantu dalam menangani masalah seperti hipoglisemia pada
waktu malam. Medtronic mySentry terdiri daripada monitor dengan skrin berwarna,
bekalan kuasa, dan Outpost yang menghantar maklumat dari Medtronic MiniMed
Paradigm ® REAL-Time Revel™ System ke monitor mySentry.Outpost ini membolehkan
anda menjaga dan memantau seseorang dari jarak 50 kaki atau lebih dan ini membolehkan
tindakan lebih awal diambil untuk mengelakkan paras gula berbahaya samaada tinggi
atau rendah. Selain itu, alat ini berupaya memberi amaran atau peringatan
awal kepada anda iaitu 30 minit sebelum paras gula itu rendah atau tinggi. Penggera
dan isyarat bunyi boleh diselaraskan pada tahap yang anda inginkan dan untuk
kemudahan tambahan, mySentry juga turut mempunyai butang senyap untuk mendiamkan
penggera secara sementara.
5) Headcase Cervical Collar
Ini
merupakan cervical collar yang telah
direka semula untuk memberi kestabilan yang
lebih baik pada kepala dan leher mangsa kemalangan. Sumber inspirasi untuk HeadCase
cervical collar ini adalah dari Dr. John Hipp iaitu bekas pengarah Makmal Penyelidikan tulang belakang di Baylor College
of Medicine. Alat ini dapat menstabilkan
kepala tanpa memberikan tekanan pada leher. Dr Hipp dan rakan- rakannya menerbitkan satu kertas
kerja pada tahun 2010 dalam The Journal
of Trauma and Acute Care Surgery melaporkan
pemisahan tulang belakang yang tidak normal
kepada pengguna cervical collar . Justeru, HeadCase collar ini bertujuan untuk
menghalang pemisahan ini dengan menyediakan batasan pergerakan yang lebih terbatas kepada pesakit lantas menstabilkan kawasan yang cedera. Jika cervical collar yang sedia ada dibalut di sekeliling leher, HeadCase
collar menyediakan sokongan untuk pipi, dada dan bahagian atas belakang.
6) Pembalut berubah warna Fraunhofer’s
Pembalut sering digunakan untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka dan selalunya kita sering membukanya untuk melihat sekiranya ada sebarang jangkitan berlaku atau tidak. Tanpa disedari, tindakan itu sebenarnya memberi peluang kepada bakteria untuk memasuki tapak luka.Untuk menyelesaikan masalah ini, penyelidik di Institusi Penyelidikan Fraunhofer for Modular Solid State Technologies (EMFT) telah mencipta pembalut yang boleh berubah warna jika luka seseorang pesakit itu dijangkiti.
Dengan mengaplikasikan tindak balas kimia iaitu
menggunakan teknik pH dimana kulit yang sihat dan luka yang sembuh biasanya menunjukkan nilai pH di bawah 5. Jika nilai ini meningkat, ia beralih dari asid kepada alkali dan ini menunjukkan komplikasi dalam proses penyembuhan luka. Jika nilai pH adalah antara 6.5 hingga 8.5, ini menunjukkan adanya
jangkitan dan jalur warna penunjuk akan bertukar ke warna ungu.Dengan adanya pembalut luka yang berkesan ini, pemeriksaan luka
boleh dilakukan dari luar tanpa mengganggu proses penyembuhan dan
dapat mengelakkan sebarang jangkitan lain yang tidak diingini.
7)
KINARM- Stesen Penilaian Menggunakan Reality Maya untuk menilai
kecederaan otak
Penyelidik
dari Universiti Queen di Kanada melancarkan Stesen Penilaian KINARM pada persidangan
Neurosains 2010 di San Diego. Sistem ini menggabungkan sebuah
simulator realiti maya dengan kerusi yang mempunyai lengan robot yang dapat
merasa pergerakan pesakit. Doktor Perubatan memberikan tugas kepada pesakit untuk
pesakit melaksanakannya dalam dunia maya dan roboarms akan mengukur kelajuan dan ketepatan usul pergerakan
pesakit. Sistem ini telah dikomersilkan oleh PARTEQ Inovasi, Universiti firma Ratu, dan
BKIN Teknologi.
8)
Integrated
Local Anesthetic Delivery System
Ini merupakan kanula intravena yang baru
yang dapat mengurangkan kesakitan semasa ia dimasukkan ke dalam salur darah
dimana ia secara automatik akan membius kawasan yang ingin disuntik melalui
jarum kecil sebelum jarum besar menebusi kulit ke salur darah. Kanula intravena
semua dalam satu ini mempercepatkan proses perubatan dan membuat pesakit merasa
lebih selesa dengan rasa kesakitan yang kurang. Ia juga dapat menjimatkan penggunaan
jarum dan mengurangkan risiko kekeliruan dan kontaminasi kerana hanya satu jarum
sahaja digunakan berbanding dua jarum sebelum ini.
9) Smart Pill Bermikrocip
Gambar diatas
menunjukkan Smart Pill yang mengandungi mikrocip untuk memantau ubat-ubatan
pesakit. Sistem pemantauan pematuhan ubat
yang baru ini menggunakan tablet pengesan dan patch
badan khas yang dipakai dengan mengesan penghadaman ubat yang
diambil oleh seseorang individu. Selain itu, produk yang diperkenalkan oleh Proteus iaitu
Helius, merupakan patch khas yang boleh merekod bila
sesuatu pil itu ditelan serta memantau tahap
aktiviti fizikal pesakit. Data yang dikumpul kemudiannya dihantar
ke peranti mudah alih seperti telefon pintar atau tablet, dan
dengan itu pesakit akan diberitahu bila dos ubat-ubatan yang seterusnya
boleh diambil dan amaran diberikan jika regimen yang ditentukan tidak dipatuhi.
Sistem ini menerima kelulusan dari CE Mark dan FDA pada tahun 2010.
10) Sistem gunaan tunggal
terapi luka tekanan negatif mudah alih
Sistem gunaan tunggal terapi luka tekanan negatif mudah alih yang diperkenalkan oleh Smith & Nephew ini
telah menerima kelulusan CE Mark PICO. Peranti bersaiz poket ini boleh
digunakan untuk luka-luka yang teruk dan kronik, pembedahan yang berisiko tinggi dan juga
semasa cantuman kulit. Alat ini adalah
dalam bentuk pakai buang, mempunyai satu pam butang dimana ia melekat pada pembalut luka dan ini membolehkan penyerapan
cecair berlaku. Dengan adanya alat ini,
cannisters tidak diperlukan dan pembalut luka boleh dipakai sehingga
tujuh hari.
No comments:
Post a Comment